Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) telah pun menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang telah terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) melalui RTM semalam.

Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu , Ketua Pengarah Penyiaran rtm Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis telah dibuat untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran .
“Ralat dan juga  permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam .

Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara a ( Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar, ” kata-nya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tatatertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - Bernama

Berikut adalah video permohonan maaf dari RTM kepada Polis Diraja Malaysia

sumber :http://www.sinarharian.com.my/mobile/arkib/rtm-pandang-serius-silap-siar-logo-pdrm-1.201047



Leave a Reply.